Kami juga menggunakan perisian Flipsnack sebagai medium untuk berkongsi nota dengan pelajar. Nota yang akan dikongsi dengan pelajar ini akan kami convert kepada format PDF terlebih dahulu dan seterusnya dimuatnaik ke dalam Flipsnack. Antara kelebihan perkongsian nota melalui Flipsnack adalah:
- Pelajar boleh membaca nota secara online melalui gadjet masing-masing atau melalui komputer.
- Pelajar boleh download nota (pelajar boleh download menggunakan komputer)
- Perkongsian maklumat antara pensyarah dan pelajar menjadi lebih cepat
Walaubagaimanapun, kaedah ini memerlukan pelajar untuk akses kepada internet. Namun, ia bukanlah satu halangan yang besar pada masa kini kerana majoriti pelajar sudah mempunyai data plan masing-masing. Selain itu, IPT juga telah menyediakan kemudahan wi-fi di kampus.
Mari kita lihat contoh flipbook yang telah kami sediakan untuk Topik 1 bagi kursus PA101 Fundamentals of Accounting. Klik sini
No comments:
Post a Comment